Events / News Events / News

Back

TASTE OF THE WORLD 2018

 

    

 

Pada 12 Mei 2018, International School Frankfurt (ISF) sekali lagi telah menganjurkan program ‘Taste of the World’ (TOTW) iaitu satu program yang saban tahun diadakan bagi mempromosi makanan-makanan tempatan atau tradisional mengikut negara masing-masing.  Pada kali ini beberapa buah negara seperti India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, China, Sepanyol, Jerman, Jepun, dan lain-lain turut mengambil bahagian.

 

 

Konsulat Malaysia di Frankfurt bersama-sama ahli PERWAKILAN turut mengambil peluang ini berganding bahu bagi menjayakan program TOTW.  Program yang berlangsung dari jam 12.00 tengahari tamat pada jam 4.00 petang dan rata-rata pengunjung yang berkunjung ke gerai jualan Malaysia berpuas hati dengan makanan yang disajikan seperti nasi lemak, rendang ayam, bihun dan mee goreng, bihun sup, roti canai, satey dan nasi himpit dan juga air sirap selasih.  Secara keseluruhannya, program TOTW ini berlangsung dengan penuh semangat kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PERWAKILAN dan juga pegawai-pegawai Konsulat.