Skip to Content
MISSION INFO
Address:
HAT 64 8th Floor
Bleichstr. 64-66 
Frankfurt
Telephone: 49 (0) 69 8700 37 210 (General Line)
49 (0) 1521 747 6961 for emergency case only 
Fax: -
Email: mwfrankfurt[at]kln[dot]gov[dot]my, Twitter - @MYCGFRA , FB Konsulat - Consulate General of Malaysia
GMT: +8 hrs
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 8.30 am - 1.00 pm and 2.00 -4.30 pm [9.00 am - 12.30 pm -Consular Services]
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI JERMAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.054 G

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI JERMAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.054 GERIK DAN PRK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.66 BUGAYA

 

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 16 Januari 2021 sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.054 Gerik dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di Jerman bagi maksud kedua-dua PRK tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 27 November 2020 (Jumaat) sehingga 24 Disember 2020 (Khamis).

 

2.  Permohonan undi pos bagi kedua-dua PRK ini boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang perlu dimuat turun melalui laman sesawang SPR, sepanjang tempoh permohonan sebagaimana yang dimaklumkan di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

 

a. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;

 

b. Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

 

c. Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh kekosongan berikut:

 

                             i.  kerusi Parlimen P.054 Gerik, iaitu pada 18 November 2020; dan

 

                             ii.  kerusi DUN N.66 Bugaya, iaitu pada 24 November 2020.

 

3.  Sukacita dilampirkan bersama-sama ini salinan surat daripada SPR No.Rujukan S.P.R.(S)600-4/1/65(25) bertarikh 30 November 2020 mengenai perkara di atas berserta salinan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) untuk perhatian dan rujukan jua. Borang ini juga boleh dimuat turun melalui pautan berikut:-

 

a.PRK PARLIMEN P.054 GERIK: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-p54-gerik-pengundi-pos-luar

 

b.PRK DUN N.66 BUGAYA: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang/borang-permohonan-kertas-undi-pos-prk-n66-bugaya-pengundi-pos-luar

 

4.   Selain daripada itu, sepertimana amalan sebelum ini bagi proses undi pos untuk rakyat Malaysia di Jerman, adalah dimohon juga supaya menghantar terus Borang 1B yang diisi ke pihak SPR (melalui pos/ e-mel/ fax seperti yang tertera dalam borang tersebut) dan bukan menerusi Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt. Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan sendiri. Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.


 

Sekian, terima kasih.


 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA FRANKFURT

14 Disember 2020