Skip to Content

Address

HAT 64
Level 8
Bleichstrasse 64-66
 Frankfurt am Main

Contact Us

+4969870037210 (General enquiries)
+4917684512346 (Emergency) after office hours [Whatsapp messages only] 
-
mwfrankfurt[at]kln[dot]gov[dot]my

Operation Hours

Monday - Friday
8.30 am - 1.00 pm and 2.00 -4.30 pm [9.00 am - 12.30 pm -Consular Services]
CLOSED :
Saturday & Sunday

Facebook facebook

news from mission news from mission

Back

PROGRAM BAHN SARONG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024 DI BERLIN, 31 OGOS 2024

KJM Frankfurt telah berada di Berlin pada 31 Ogos 2024 bagi menjayakan program Bahn Sarong sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024. Program tersebut merupakan anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Berlin, Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam (PPL JPA) Frankfurt, MARA Frankfurt, Malaysian-German Student Society (MGSS) dan Malaysia Club Berlin (MCB) di bawah program sinergi bersama rakyat Malaysia di Jerman. Seramai kira-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan rakyat Malaysia di Jerman telah menyertai program tersebut.

 

Program Bahn Sarong ini adalah merupakan inspirasi daripada pogram Keretapi Sarong yang diadakan di Malaysia di mana para peserta mengenakan pakaian tradisional, termasuk sarong, dan menaiki pengangkutan awam secara beramai-ramai ke suatu destinasi yang ditetapkan oleh penganjur. Perkataan “Bahn“ bermaksud keretapi dalam bahasa Jerman. Ini adalah merupakan kali pertama program sebegini diadakan di Jerman. Perjalanan program bermula dari Berlin Hauptbanhof (Stesen Keretapi Utama Berlin) menuju ke Brandenburg Gate dengan menggunakan pengangkutan awam. Dalam perjalanan selama lebih kurang 15 minit tersebut, para peserta yang berkumpul dalam satu koc telah menyanyikan pelbagai lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Di Brandenburg Gate, para peserta telah mengambil gambar dalam kumpulan yang besar. Menariknya, para pelancong yang berada di situ turut sama teruja dengan kumpulan rakyat Malaysia yang masing-masing mengenakan pakaian tradisional dan tidak melepaskan peluang mengambil gambar situasi tersebut.

 

Seterusnya, para peserta bergerak ke Rumah Malaysia, juga dengan menaiki pengangkutan awam secara beramai-ramai. Program di Rumah Malaysia dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar, bacaan doa dan disusuli oleh ucapan oleh PYT Duta Besar. Antara lain, PYT Duta Besar telah menekankan konsep kemerdekaan dan juga keperluan untuk semua menjaga keharmonian antara kaum demi keamanan negara yang tercinta. Program seterusnya dilaksanakan dengan acara seperti nyanyian lagu-lagu patriotik iaitu Malaysia Tanahairku, Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang dan Setia, tarian tradisional Iban oleh wakil pelajar, kuiz bertemakan patriotik dan pertandingan pakaian tercantik.

 

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mempamerkan semangat patriotisme di kalangan para pelajar dan rakyat Malaysia di Jerman. Selain itu, aktiviti berkumpul secara beramai-ramai dengan mengenakan pakaian tradisional Malaysia juga telah berjaya menarik perhatian warga tempatan dan pelancong asing dan secara tidak langsung telah membantu mempromosikan budaya Malaysia di Jerman. Daripada pemerhatian Malawakil, rata-rata peserta berpuas hati dengan penganjuran program ini dan berharap ia diteruskan pada masa hadapan. Keberadaan Malawakil Frankfurt bukan sahaja sebagai peserta yang turut memeriahkan program ini, malah Malawakil turut bersama-sama membantu melaksanakan kerja-kerja bagi memastikan kelancaran perjalanan program terutamanya di Rumah Malaysia.