Archives Archives

Back

Kunjungan SS Mufti Negeri Perak ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mesir

 

Kunjungan Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak YBhg. Dato' Seri Hj. Wan Zahidi Wan Teh ke Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir. Turut hadir adalah YBrs. Tuan Haji Kamarudin bin Adam, Ketua Penolong Mufti dan Encik Nor Azaman bin Mohd Rashid daripada Jabatan Mufti Negeri Perak. Delegasi telah disambut oleh Puan Rafedah Abd Aziz, Kuasa Usaha Sementara dan beberapa pegawai Kedutaan. Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Kaherah, Mesir dari 25 Februari 2024 hingga 01 Mac 2024 untuk memperkukuhkan lagi kerjasama sedia dengan pejabat Mufti Mesir dan Kementerian Awqaf Mesir.