Archives
Back
MALAYSIA NAIB JUARA KEJOHANAN BOLASEPAK DIPLOMATIK 2024, MESIR
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) yang mewakili Malaysia di dalam Kejohanan Bolasepak Diplomatik 2024 dan telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Kejohanan yang berlangsung dari 16-31 Mei 2024 di Gezira Sporting Club, Zamalek telah disertai oleh 30 pasukan daripada pelbagai negara dan organisasi yang berpengkalan di Mesir.
Pasukan Malaysia memulakan kempen kejohanan dengan diletakkan di dalam Kumpulan E bersama 3 pasukan lain iaitu Netherland, World Bank dan pasukan England dan mengakhiri peringkat kumpulan ditempat kedua. Pasukan Malaysia terus mara ke peringkat seterusnya dengan menewaskan pasukan USA/Mexico dan pasukan German di peringkat suku akhir. Di separuh ahkir pula, Malaysia terus beraksi cemerlang dengan mengalahkan pasukan tuan rumah Mesir bagi melayakkan beraksi di perlawanan akhir bertemu International Labour Organization (ILO). Walaubagaimana pun Malaysia tewas 2-1 di perlawanan akhir sekaligus menjadi Naib Juara pada kejohanan tersebut.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga KBMK dan rakyat Malaysia yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia disepanjang kejohanan ini berlangsung.
Tahniah dan Syabas!