Archives
Back
Ucapan Tahniah
Pada 26 Ogos 2025, Tn. Hossam Zaatar, Pengelola Bijaya Istana Presiden Republik Arab Mesir telah menyampaikan ucapan tahniah daripada Presiden Abdel Fattah El Sisi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68. Ini merupakan amalan Kerajaan Tuan Rumah dengan semua Perwakilan Asing di Mesir.
