Skip to Content

Address

Embassy of Malaysia
10, Street 261, Maadi

 Cairo

Contact Us

+20 225174210
+201 200276388 (After Office Hours/Emergency) +20 225173974 (Consular Counter 9.00 am - 3.30 pm)
Nil
mwcairo[at]kln[dot]gov[dot]my

Operation Hours

Sunday - Thursday
8.30 a.m - 3.30 p.m
CLOSED :
Friday & Saturday

Social Media Social Media

News From Mission News From Mission

Back

Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah

 

Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah telah diadakan pada hari Ahad, 12 Januari 2025.

TYT Dato' Duta Besar merangkap Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK-AJK sesi 2023/2024 di atas kejayaan mengadakan banyak program-program sepanjang tahun 2023/2024. Ini termasuk program sukan seperti bowling dan bola sepak antara diplomatic corp Mesir yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pegawai KBMK dan pegawai-pegawai Kerajaan Mesir.

TYT Dato' juga mengucapkan tahniah atas pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua serta Penolong bagi AJK-AJK Kelab Sukan dan Kebajikan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang baru bagi sesi 2025/2026 yang terpilih dan berharap lebih banyak program-program yang bermanfaat dapat diadakan pada sesi 2025/2026. TYT Dato' menyeru kepada semua untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama bagi memantapkan lagi perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti pada tahun ini.


Quicklinks Quicklinks

mfa info mfa info