Archives Archives

Back

MESYUARAT BERSAMA AGENSI DI BAWAH SPKM

Malawakil Madrid telah mengadakan mesyuarat secara dalam talian di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia (SPKM) bersama agensi-agensi Kerajaan Malaysia yang diakreditasikan ke Sepanyol. Antara agensi yang terlibat ialah MIDA, MATRADE dan Tourism Malaysia di Paris, Pejabat Pertanian di The Hague serta MARA di Frankfurt. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras dan membincangkan kalendar program serta aktiviti bagi tahun 2026 yang melibatkan Sepanyol.
Melalui mesyuarat tersebut, beberapa cadangan program merangkumi kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelancongan, pertanian dan komoditi, pendidikan serta pengukuhan hubungan rakyat-ke-rakyat telah dirancang untuk pelaksanaan sepanjang tahun ini.
Malawakil bersama agensi-agensi berkaitan kekal komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Sepanyol dalam pelbagai sektor, khususnya menjelang sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun hadapan.