Archive Archive

Back

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kedutaan Besar Malaysia di Perancis, 1 Disember 2016

Kedutaan Besar Malaysia di Perancis telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 1 Disember 2016 dengan kehadiran YBhg. SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Aziz@Bongsu bin Haji Jaafar yang kebetulan sedang bercuti di Perancis.

 

Majlis yang dihadiri oleh TYT. Dato’ Ibrahim bin Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Perancis, semua pegawai Malaysia serta keluarga dan beberapa rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Perancis.

 

Program dimulakan dengan solat Isya’ berjemaah yang diimamkan oleh SS Mufti Sabah.  Majlis diteruskan dengan sesi tazkirah mengenai Maulidur Rasul oleh YBhg. SS Mufti Sabah diikuti dengan sesi soal jawab agama. Majlis juga diserikan lagi dengan jamuan makan malam secara Pot Luck yang dibawa oleh ahli keluarga para pegawai dan kakitangan Malaysia di Perancis.  

 

 

 

 

 

Sesi Tazkirah Maulidur Rasul dan Soal Jawab Agama

 

 

Penyampaian Cenderahati Kenangan oleh TYT Duta Besar Malaysia Ke Perancis

 

 

Sesi Bergambar Selepas Selesai Makan Malam Secara Pot Luck