Events / News Events / News

Back

MAJLIS DIASPORA BERSAMA MENTERI-MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DI SELA-SELA “PARIS AIR SHOW” - 18 JUN 2019

Pada 18 Jun 2019, Satu Sesi Khas dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di mana YB Tuan Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan; YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan; YB Datuk Ignatius Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama telah bertemu lebih 100 rakyat dan pelajar Malaysia di Paris. Majlis tersebut diadakan sempena lawatan kerja Menteri-Menteri tersebut ke “Paris Air Show 2019”.

 

Semasa sesi tersebut, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri telah berkongsi aspirasi dan halatuju kementerian masing-masing serta usaha-usaha Kerajaan dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi. Dalam sesi soal jawab, para hadirin telah berpeluang untuk bertanyakan tentang usaha-usaha Kerajaan dalam menangani isu rasuah, ‘brain drain’ dan menarik pulang rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara serta menambah baik dan memastikan kelapa sawit dihasilkan secara mampan.

 

Turut hadir ialah TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Perancis dan isteri, YBhg. Datin Che Norhayati Soib.