Events / News Events / News

Back

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DI RUMAH MALAYSIA, PARIS – 11 OGOS 2019

Pada 11 Ogos 2019, komuniti kecil Malaysia di Perancis berkumpul di Rumah Malaysia di Boulevard Suchet, Paris bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama Duta Besar Malaysia ke Perancis, TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar dan isteri, Datin Che Norhayati Soib serta kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Paris.

 

Sambutan Hari Raya Aidiladha dimulakan dengar alunan takbir, diikuti solat sunat Aidiladha berjemaah dan diakhiri dengan majlis rewang – yang membabitkan penglibatan para ahli Perwakilan dan ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Paris. Walau pun diadakan dalam skala kecil, sambutan Hari Raya Aidiladha amat bermakna buat mereka yang hadir.

 

Antara juadah yang disediakan pada hari tersebut termasuklah Laksa Johor, Sup Tulang, Sambal Udang Petai, Daging Bakar, “Lamb Kabsah”, Teh Tarik dan beberapa lagi makanan tempatan Malaysia bagi mengubat rindu para hadirin yang berkunjung ke Rumah Malaysia.