Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Portugal, Monaco
MISSION INFO
Address:
2 bis rue Benouville 
 
Paris
Telephone: 00 33 1 45 53 11 85
00 33 6 32 44 65 71 - after office hours 
Fax: 00 331 47 27 34 60
Email: mwparis@kln.gov.my / paris.consular@kln.gov.my (consular matters)
GMT: + 1 hrs (Winter), + 2 hrs (Summer)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 5.00 p.m / Consular Section : 9.30 a.m - 12:30 p.m
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

 

news from mission news from mission

Back

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANG

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 26 September 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16.

Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRU DUN Sabah Ke-16.

Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 17 Ogos 2020 sehingga 3 September 2020.

Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR www.spr.gov.my sepanjang tempoh permohonan seperti di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

1.         merupakan seorang pemilih berdaftar;

 

2.         bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

 

3.         pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran DUN Sabah Ke-15, iaitu pada 31 Julai

 

 

 

 

 

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

PARIS

26 OGOS 2020