Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Portugal, Monaco
MISSION INFO
Address:
2 bis rue Benouville 
 
Paris
Telephone: 00 33 1 45 53 11 85
00 33 6 32 44 65 71 - after office hours 
Fax: 00 331 47 27 34 60
Email: mwparis@kln.gov.my / paris.consular@kln.gov.my (consular matters)
GMT: + 1 hrs (Winter), + 2 hrs (Summer)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 9.00 a.m - 5.00 p.m / Consular Section : 9.30 a.m - 12:30 p.m
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

 

news from mission news from mission

Back

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1C BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 5 Disember 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi. Dalam perkara ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 13 Oktober 2020 (Selasa) sehingga 12 November 2020 (Khamis).

Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang perlu dimuat turun melalui laman sesawang SPR (www.spr.gov.my), sepanjang tempoh permohonan sebagaimana yang dimaklumkan di atas. Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

  1. 1 Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
  2. 2 Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  3. 3 Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi Dewan Rakyat P.185 Batu Sapi, iaitu pada 7 Oktober 2020.

Dalam hubungan ini, Borang 1B (Pengundi Luar Negara) boleh dikeluarkan melalui https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang

Selain daripada itu, sepertimana amalan sebelum ini bagi proses undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara, adalah dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia menghantar terus Borang 1B yang diisi ke pihak SPR (melalui pos/ e-mel/ fax seperti yang tertera dalam borang tersebut) dan bukan menerusi Kedutaan. Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.