Back

138 RAKYAT MALAYSIA DI INDIA TELAH SELAMAT TIBA DI TANAH AIR EKORAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19

138 RAKYAT MALAYSIA DI INDIA TELAH SELAMAT TIBA DI TANAH AIR
EKORAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19  

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa, hasil usahasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India telah berjaya membantu memudahcara urusan pulang rakyat Malaysia dan India ke negara masing-masing. Kerjasama ini telah membolehkan seramai 138 rakyat Malaysia dan 405 rakyat India pulang ke negara masing-masing semalam, 18 Mac 2020. Perincian penerbangan semalam adalah seperti berikut:

  • Penerbangan dari India ke Malaysia melibatkan 138 rakyat Malaysia:
    i.   Satu (1) penerbangan Air Asia melibatkan 111 orang rakyat Malaysia dari New Delhi; dan
    ii. Penerbangan-penerbangan komersial lain melibatkan 27 orang rakyat Malaysia dari New Delhi.

  • Penerbangan dari Malaysia ke India melibatkan 405 rakyat India:
    i.  Dua (2) penerbangan Air Asia dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi, New Delhi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam, Vizag, India.

Kementerian Luar Negeri juga ingin memaklumkan bahawa setakat jam 3.00 petang, 19 Mac 2020, seramai 1,075 orang warganegara Malaysia masih lagi terkandas di India. Perincian jumlah ini adalah seperti berikut:-

NO.

WILAYAH

BILANGAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG TERKANDAS

  1.  

Chennai

450

  1.  

Trichy

430

  1.  

New Delhi

97

  1.  

Bangalore

63

  1.  

Mumbai

24

  1.  

Cochin

11

JUMLAH

1,075

 

Kerajaan Malaysia amat prihatin dan sentiasa memantau secara rapat perkembangan ini melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India untuk memastikan semua yang terkandas dapat pulang ke Malaysia dengan segera. Usaha ini sedang rancak dilakukan pada masa ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri sedang bekerjasama erat dengan agensi-agensi berkaitan serta syarikat-syarikat penerbangan bagi menyelaraskan urusan pulang baki rakyat Malaysia yang masih terkandas di India. Ini termasuk perancangan untuk menghantar pesawat sewaan khas ke Chennai dan Trichy bagi membawa rakyat Malaysia yang sedia ada memegang tiket penerbangan pulang Air Asia ke Malaysia.

Semua warganegara Malaysia yang terjejas di India boleh menghubungi Perwakilan-Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk mendapatkan bantuan konsular yang sewajarnya, seperti berikut:

 

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI

Alamat   : 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri New Delhi 110021.

Telefon : +91-11-2415 9300

Fax        : +91-11-2688 1538

E-Mail    : mwdelhi@kln.gov.my

Website : http://www.kln.gov.my/perwakilan/newdelhi

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI CHENNAI

Alamat   : No. 7, (Old No. 3) Cenotaph Road, 1st Street, Teynampet, Chennai

  600018, Tamil Nadu, India.

Telefon : (91-44) 2433 4434/35/36 (Am)

Faks       : (91-44) 2433 4437

E-Mel     : mwchennai@kln.gov.my

Website : http://www.kln.gov.my/web/ind_chennai/home

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI MUMBAI

Alamat   : 5th Floor, Notan Classic Building, 24th Road, Off Turner Road, Bandra (W),   

                 400 050 Mumbai.

Telefon : 00 9122 2645 5751 / 52 / 55

Faks       : 00 9122 2645 5750

E-Mel     : mwmumbai@kln.gov.my 

 

YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR 
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI 
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

PUTRAJAYA

19 Mac 2020