Back

BENCANA GEMPA BUMI AFGHANISTAN

 

BENCANA GEMPA BUMI AFGHANISTAN

 

Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat Afghanistan susulan bencana gempa bumi melanda wilayah Paktika dan Khost pada 22 Jun 2022 yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan ribuan lagi cedera serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.

Rakyat Malaysia menzahirkan solidariti kepada rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini. Ingatan dan doa ikhlas rakyat Malaysia adalah bersama-sama, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini.

Kami berdoa kepada Allah SWT agar rakyat Afghanistan diberi kekuatan dan ketabahan hati untuk menghadapi musibah yang melanda serta kesembuhan segera bagi mereka yang cedera.

 

PUTRAJAYA

23 JUN 2022