Back

INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LIMA (5) ORANG WARGANEGARA MALAYSIA DI MESIR

INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA

MELIBATKAN LIMA (5) ORANG WARGANEGARA MALAYSIA DI MESIR

 

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai lima (5) orang warganegara Malaysia sekeluarga terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di Mesir semasa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah pada hari Sabtu, 28 Disember 2019 jam 11 pagi waktu tempatan. Kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Suez Canal Hospital serta Children Hospital, Cairo bagi menerima rawatan.

          

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada para mangsa dan akan terus memantau perkembangan terkini keadaan mereka dari semasa ke semasa.

 

PUTRAJAYA

29 Disember 2019