Back

INSIDEN LETUPAN SALURAN PAIP GAS DAN KEMALANGAN BAS DI MESIR

 

INSIDEN LETUPAN SALURAN PAIP GAS DAN KEMALANGAN BAS DI MESIR

 

Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terkesan dengan insiden letupan besar saluran paip gas yang berlaku di Nasr City, Kaherah pada 14 April 2022; dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan pada 13 April 2022.

 

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka. Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.

 

Rakyat Malaysia di Mesir yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi:

 

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir

21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, Republik Arab Mesir

 

Tel: +201200276388

E-mel: mwcairo@kln.gov.my

 

 

PUTRAJAYA

14 April 2022