EN MS
MFA Directory English Bahasa Melayu
KEJADIAN BANJIR MELIBATKAN RAKYAT MALAYSIA DI WILAYAH QUEENSLAND, AUSTRALIA
Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Februari 2022. Rakyat Malaysia yang terkesan dengan kejadian banjir tersebut telah dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan ke pusat perlindungan sementara di wilayah itu.
Kementerian Luar Negeri ingin menasihatkan rakyat Malaysia di Queensland supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa. Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra melalui telefon atau e-mel seperti berikut:
Suruhanjaya Malaysia di Canberra, Australia
7, Perth Avenue
Yarralumla ACT 2600
Tel: +61261 200 300/310 , +61416 334 901
E-mel: mwcanberra@kln.gov.my
PUTRAJAYA
27 Februari 2022