Back

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN TIGA (3) ORANG WARGANEGARA MALAYSIA DI INDIA

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN TIGA (3) ORANG
WARGANEGARA MALAYSIA DI INDIA

 

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai tiga (3) orang pelancong warganegara Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke Karachi pada hari Khamis, 26 Disember 2019.

 

Seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Srinagar untuk menerima rawatan lanjut, manakala dua (2) yang lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

 

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang memantau rapi keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

 

 

PUTRAJAYA

1 Januari 2020