Back

KEMALANGAN MELIBATKAN WARGANEGARA MALAYSIA DI TURKI

KEMALANGAN MELIBATKAN WARGANEGARA MALAYSIA DI TURKI

 

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia meninggal dunia manakala 10 orang yang lain tercedera dalam insiden kemalangan di Afyonkarahisar melibatkan sebuah bas pelancong yang terbalik ketika sedang dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya pada hari Rabu, 16 Oktober 2019 jam 11.35 pagi waktu tempatan.

 

Mangsa yang tercedera telah dikejarkan ke Hospital Afyonkarahisar bagi menerima rawatan, manakala mangsa yang terkorban telah dihantar ke Dinar State Hospital bagi urusan selanjutnya.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara telah sedia maklum akan insiden berkenaan dan sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada para mangsa yang terlibat.

 

Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini. 

 

 

PUTRAJAYA

17 Oktober 2019