Back

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ARTIKEL “HIGH COMMISSIONER: 33,000 MALAYSIANS APPLY FOR ASYLUM IN AUSTRALIA” BERTARIKH 29 OGOS 2019 OLEH MALAYSIAN RESERVED

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ARTIKEL

HIGH COMMISSIONER: 33,000 MALAYSIANS APPLY FOR ASYLUM IN AUSTRALIA” BERTARIKH 29 OGOS 2019 OLEH MALAYSIAN RESERVED

 

Kementerian Luar Negeri memberi perhatian serius kepada kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia bertajuk “High Commissioner: 33,000 Malaysians Apply for Asylum in Australia” berhubung peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang membuat permohonan visa perlindungan dan status pelarian daripada Kerajaan Australia. Daripada maklumat yang kami ada, jumlah yang besar itu adalah disebabkan terdapat rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan memanipulasi undang-undang imigresen Australia bagi membolehkan mereka menetap lebih lama dengan cara yang tidak sah. Tindakan mereka ini telah mengakibatkan kesukaran kepada rakyat Malaysia yang berniat baik (bona fide) ingin belajar, berkunjung dan menetap di Australia.

 

Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi memantau isu ini.

 

Di samping itu, Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang mengunjungi mana-mana negara agar sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang terpakai di negara-negara berkenaan bagi mengelakkan kesukaran kepada mereka.

 

PUTRAJAYA

30 Ogos 2019