Skip to Content
EN
MS
MFA Directory
English
Bahasa Melayu
A
A
A
A
A
A
A
WEBMAIL
INTRANET
Toggle navigation
Home
About MFA
History
Legal Framework
Vision & Mission
Roles & Function
Strategic Thrusts
Organisational Structure
Corporate Song
Foreign Minister
Deputy Foreign Minister
Secretary General
Former Foreign Ministers, Former Deputy Foreign Ministers, Former Secretary Generals
Department / Division
Department of Bilateral Affairs
Department of Multilateral Affairs
Department of Management Services
ASEAN-Malaysia National Secretariat
Department of Policy Planning and Coordination
Protocol and Consular Department
Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR)
Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism (SEARCCT)
National Authority for Chemical Weapons Convention
Department of Maritime Affairs
Legal Division
Integrity Unit
Internal Audit Division
Malaysia's Foreign Policy
Public Diplomacy
Press Releases
Speeches & Statements
MFA News
E-Newsletter
Publications
Mobile Apps
MTCP Apps
MyVisitor Apps
Public Diplomacy
/
Press Releases
/
KEPULANGAN 15 ORANG RAKYAT MALAYSIA DARI IRAQ
Back
KEPULANGAN 15 ORANG RAKYAT MALAYSIA DARI IRAQ
Print
KEPULANGAN 15 ORANG RAKYAT MALAYSIA DARI IRAQ
KEPULANGAN 15 ORANG RAKYAT MALAYSIA DARI IRAQ
Kementerian Luar Negeri memaklumkan seramai 15 orang rakyat Malaysia yang bekerja di Iraq telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini, sekitar jam 9:35 pagi. Kepulangan mereka melalui penerbangan komersial Iraqi Airways IA 455 dari Baghdad ke Kuala Lumpur telah dibiayai secara persendirian.
Dalam perkara ini, Kedutaan Besar Malaysia di Jordan telah memudahcarakan urusan kepulangan rakyat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Iraq sehingga mereka selamat kembali ke tanah air. Kesemua rakyat Malaysia ini akan menjalani proses saringan kesihatan di KLIA serta perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia di seberang laut akan terus berusaha memastikan kebajikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara terpelihara dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membolehkan mereka kembali ke tanah air dengan selamat. Saya menasihatkan agar rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 di luar negara untuk terus tabah dan kekal bertenang dalam menghadapi situasi ini.
DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
12 April 2020