Back

KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI ARAB SAUDI

KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI ARAB SAUDI

 

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa seramai 47 rakyat Malaysia dari Arab Saudi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini, jam 12.26 tengah hari, menerusi penerbangan khas Saudia Airlines.

 

Kepulangan rakyat Malaysia ke tanah air ini telah dimudahcara oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi dengan kos pembiayaan tiket ditanggung sepenuhnya secara persendirian oleh para penumpang.

 

Kesemua 47 orang rakyat Malaysia ini diwajibkan untuk menjalani proses saringan kesihatan setibanya mereka di KLIA dan seterusnya menjalani proses kuarantin 14 hari di kediaman masing-masing.

 

Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi yang telah membantu dalam usaha kepulangan rakyat Malaysia ke tanah air. Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara.

 

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI

PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

17 Julai 202