Back

KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA DAN ARAB SAUDI

KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA DAN ARAB SAUDI

 

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa seramai 102 rakyat Malaysia di Chennai, India dan 103 rakyat Malaysia di Arab Saudi telah tiba di tanah air masing-masing pada 9 Julai 2020 jam 8:10 malam dan 10 Julai 2020 jam 12:00 tengah hari. Semua rakyat Malaysia tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat Malindo Air dan Saudia Airlines. 

 

Selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, semua rakyat Malaysia yang berkenaan diwajibkan untuk menjalani proses saringan kesihatan setibanya mereka di KLIA serta perlu menjalani proses kuarantin 14 hari di kediaman masing-masing.

 

Kepulangan kumpulan rakyat Malaysia ini telah dimudahcara oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, India dan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi dengan kos pembiayaan ditanggung secara persendirian oleh para penumpang.

 

Perwakilan-Perwakilan Diplomatik Malaysia di India dan Arab Saudi akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia di India dan Arab Saudi.

 

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI 

PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

10 Julai 2020