Back

KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI OMAN

KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI OMAN

 

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa seramai 113 rakyat Malaysia dari Kesultanan Oman telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada hari ini, jam 12.55 pagi, menerusi penerbangan sewaan khas Malindo Air.

 

Kepulangan kumpulan kedua rakyat Malaysia ini termasuk 54 orang rakyat Malaysia yang telah menyuarakan permasalahan mereka menerusi media sosial kerana telah kehilangan punca pendapatan selama hampir empat (4) bulan terkandas akibat penangguhan operasi penerbangan di negara tersebut. Kepulangan mereka telah dimudahcara oleh Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman dengan kos pembiayaan tiket ditanggung sepenuhnya secara persendirian oleh para penumpang.

 

Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kesultanan Oman yang telah membantu dalam usaha kepulangan rakyat Malaysia ke tanah air. Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

 

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI

PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

16 Julai 2020