Back

KEPULANGAN WARGANEGARA MALAYSIA DARI ARAB SAUDI

KEPULANGAN WARGANEGARA MALAYSIA DARI ARAB SAUDI

 

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan seramai 234 orang warganegara Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi telah berangkat pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh pada 2 Julai 2020, jam 11:47 malam waktu tempatan di Riyadh menggunakan penerbangan repatriasi Saudia Airlines. Kesemua warganegara tersebut telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini, jam 12:51 tengah hari.

 

Kepulangan kumpulan warganegara Malaysia berkenaan telah dimudah cara oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, dengan kos pembiayaan ditanggung secara persendirian oleh para penumpang.

 

Selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, kesemua warganegara Malaysia berkenaan diwajibkan menjalani proses saringan kesihatan setibanya di KLIA serta perlu menjalani proses kuarantin 14 hari di kediaman masing-masing.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia di Arab Saudi.

 

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI

PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

3 Julai 2020