Back

LAPORAN BERKENAAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG SEDANG MENERIMA RAWATAN DI SYDNEY

SIARAN AKHBAR

 

LAPORAN BERKENAAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG SEDANG MENERIMA RAWATAN DI SYDNEY

 

Kementerian Luar Negeri mengambil maklum akan laporan berita berkenaan seorang warganegara Malaysia, Encik Khaidir bin Abu Jalil yang sedang menjalani rawatan di St. Vincent's Public Hospital, Darlinghurst Sydney. Pegawai Konsulat Malaysia di Sydney telah pun menziarahi Encik Khaidir, di mana keadaan beliau dilaporkan semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat.

 

Encik Khaidir memaklumkan bahawa laporan media ke atas beliau adalah tidak tepat memandangkan beliau sentiasa berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia. Beliau juga mengakui tidak memaklumkan keadaan beliau kepada Suruhunjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Konsulat Malaysia di Sydney.

 

Walau bagaimanapun, beliau berterima kasih di atas sokongan serta bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak. Encik Khaidir telah memohon supaya diberikan ruang untuk menjalani proses pemulihan dengan tenang dan tanpa gangguan daripada pihak media buat masa ini.

 

Kementerian Luar Negeri prihatin akan keadaan warganegara Malaysia di luar negara dan menasihatkan supaya berhubung dengan Perwakilan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan bantuan konsular.

 

PUTRAJAYA

24 Disember 2020