EN MS
MFA Directory English Bahasa Melayu
LAPORAN MEDIA BERHUBUNG TUBIR SELATAN
Kementerian Luar Negeri merujuk kepada beberapa pertanyaan media mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia seperti yang
dilaporkan dalam Defence Security Asia pada 18 Januari 2022 bertajuk "Indonesia Dakwa Tubir Selatan (South Ledge), Karang Singa
Miliknya. M’sia Bagaimana?”.
Kementerian telah membuat semakan dengan pihak Indonesia mengenai perkara tersebut dan dimaklumkan bahawa tiada kenyataan
daripada Menteri Dalam Negeri Indonesia mengenai tuntutan kedaulatan ke atas Tubir Selatan, seperti yang dilaporkan.
Berhubung isu yang menyentuh kedaulatan Tubir Selatan, Kementerian ingin memetik penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa
pada 23 Mei 2008 berkenaan isu kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (Case Concerning Sovereignty over Pedra
Branca/Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge).
Berdasarkan penghakiman tersebut, Tubir Selatan adalah terletak di kawasan di mana terdapatnya pertindihan perairan di antara Malaysia,
Batu Puteh dan Batuan Tengah. Oleh itu, kedaulatan Tubir Selatan pula ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang
menguasainya. Petikan penghakiman adalah seperti berikut:
“…South Ledge falls within the apparently overlapping territorial waters generated by the mainland of Malaysia, Pedra Branca/
Pulau Batu Puteh and Middle Rocks…”
“…sovereignty over South Ledge, as a low-tide elevation, belongs to the State in the territorial waters of which it is located.”
Susulan daripada penghakiman kes tersebut, Malaysia dan Singapura telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi
melaksanakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 2008 (Malaysia-Singapore Joint Technical Committee on the
Implementation of the International Court of Justice Judgment on Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge – MSJTC).
Di bawah MSJTC, Malaysia sentiasa komited untuk menyelesaikan isu persempadanan maritim antara kedua-dua negara dan akan
memastikan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara terus terpelihara.
PUTRAJAYA
20 JANUARI 2022