Back

LAWATAN KHAS YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE JAKARTA, INDONESIA BAGI MENGHADIRI UPACARA PENGEBUMIAN MANTAN PRESIDEN INDONESIA, YANG MULIA B.J. HABIBIE 12 SEPTEMBER 2019

LAWATAN KHAS YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE JAKARTA, INDONESIA BAGI MENGHADIRI UPACARA PENGEBUMIAN MANTAN PRESIDEN INDONESIA,

YANG MULIA B.J. HABIBIE

12 SEPTEMBER 2019

 

 

YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta bagi menghadiri upacara pengebumian Yang Mulia B.J. Habibie, mantan Presiden Republik Indonesia. YAB Timbalan Perdana Menteri akan diiringi oleh YB Datuk Sri Shamsul Iskandar bin Hj. Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama serta pegawai dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

 

YAB Timbalan Perdana Menteri akan menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yang Mulia B.J. Habibie di Kuningan Timur. YAB Timbalan Perdana Menteri akan turut menghadiri upacara pengebumian Allahyarham di Taman Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan.

 

Allahyarham Yang Mulia B.J. Habibie merupakan Presiden Indonesia yang ke-3 telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September 2019 di Jakarta Pusat. Pemergian Allahyarham Yang Mulia B.J. Habibie yang merupakan seorang negarawan Indonesia, adalah satu kehilangan besar bukan sahaja bagi negara tersebut malah bagi seluruh rantau Asia Tenggara.

 

 

PUTRAJAYA

12 SEPTEMBER 2019