Back

LAWATAN RASMI YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI KE REPUBLIK TURKI, QATAR DAN REPUBLIK ISLAM IRAN DARI 31 MAC HINGGA 6 APRIL 2021

LAWATAN RASMI

YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR

TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI KE REPUBLIK TURKI, QATAR DAN REPUBLIK ISLAM IRAN

 

 

DARI 31 MAC HINGGA 6 APRIL 2021

 

 

 

Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, YB Dato’ Kamarudin Jaffar, akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Turki, Qatar dan

Republik Islam Iran dari 31 Mac hingga 6 April 2021. Lawatan-lawatan ini jelas menunjukkan kepentingan yang diletakkan oleh Malaysia

terhadap hubungan dan kerjasama dengan ketiga-tiga negara di rantau Asia Barat tersebut. YB Dato’ Kamarudin Jaffar akan turut disertai

oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Luar Negeri.

 

Timbalan Menteri Luar Negeri dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatnya dan pihak-pihak berkepentingan

di Turki, Qatar dan Iran. Antara agenda utama yang akan dibincangkan adalah untuk meningkatkan kerjasama erat yang sedia ada, dalam

pelbagai bidang termasuk pemulihan pasca pandemik COVID-19, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan

antarabangsa yang berkepentingan bersama.

 

Lawatan-lawatan ini dikendalikan berdasarkan tatacara-tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang amat

ketat seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pihak-pihak berkuasa kesihatan

yang berkaitan di Turki, Qatar dan Iran.

 

 

 

PUTRAJAYA

31 MAC 2021