Back

LAWATAN RASMI YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA KE REPUBLIK RAKYAT CINA PADA 1-2 APRIL 2021

LAWATAN RASMI

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA

KE REPUBLIK RAKYAT CINA

PADA 1-2 APRIL 2021

 

 

YB Menteri Luar Negeri Dato ’Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Rakyat China dari 1 hingga 2

April 2021.

 

Lawatan ini adalah susulan daripada jemputan yang diterima daripada TYT Wang Yi, State Councilor dan Menteri Luar Republik Rakyat

China semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia pada Oktober 2020. Ini merupakan Lawatan Rasmi pertama YB Dato’ Seri Hishammuddin

Tun Hussein ke Republik Rakyat China sejak menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri pada 10 Mac 2020.

 

Semasa lawatan, YB Menteri Luar Negeri bersama dengan TYT Wang Yi akan mempengerusikan mesyuarat dua hala antara delegasi

Malaysia dan China. Kedua-dua pihak akan membincangkan initiatif baharu untuk memacu kerjasama dua hala dengan tumpuan khusus

terhadap kerjasama pasca pandemik, termasuklah pengembaraan merentas negara, dan kerjasama dalam bidang vaksin. Malaysia dan

China telah mewujudkan kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang dan perkongsian strategik komprehensif. Lawatan ini adalah penting

untuk memastikan penjanaan semula aktiviti dua hala dan kesalinghubungan dapat dilaksanakan.

 

Selain daripada hal ehwal dua hala, kedua-dua Menteri Luar Negeri akan turut membincangkan isu-isu semasa serantau dan

antarabangsa yang berkepentingan bersama. Berilhamkan dari hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN - China Ke-23, kedua-dua negara akan

turut memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk menjayakan ASEAN – China Year of Sustainable Development Corporation,

pengukuhan kerjasama dalam Blue Economy dan membincangkan isu-isu sejagat melibatkan keselamatan serantau.

 

 

Lawatan rasmi YB Menteri Luar Negeri akan dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya terhadap langkah-langkah keselamatan serta

kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan National Health Commission of the People’s Republic of China. Ini

termasuk bergerak dalam gelebung perjalanan, membataskan pergerakan luar sepanjang lawatan, menghadkan jumlah pertemuan dan

mematuhi segala garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.

 

Malaysia dan China adalah rakan dan negara bersahabat yang rapat. Hubungan dua hala antara kedua-dua negara terus meningkat maju

dan kukuh, walapun dibelenggu oleh cabaran COVID-19. Pada tahun 2020, hubungan dagang antara kedua-dua negara terus berkembang

sebanyak 4.2% dan mencapai RM329.77 bilion. China terus kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia untuk 12 tahun berturut-turut dan

menyumbang sebanyak 18% kepada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia. Eksport ke China juga menyumbang sebanyak 16.2%

kepada jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke luar negara.

 

Malaysia dan China telah meningkatkan hubungan dua hala dari "Perkongsian Strategik" menjadi "Perkongsian Strategik Komprehensif"

pada tahun 2013, menandakan bab baru dalam hubungan dua hala yang bersejarah di antara Kuala Lumpur dan Beijing

 

 

 

 

 

 

PUTRAJAYA

31 MAC 2021