Back

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA LUBNAN

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA LUBNAN 

 

YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, telah menyampaikan cek berjumlah RM1.5 juta kepada Tuan Yang Terutama George Bitar Ghanem, Duta Besar Lubnan ke Malaysia, dalam satu majlis di Kementerian Luar Negeri pada 29 November 2024.

Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Lubnan semasa pertemuan antara, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Najib Mikati, Perdana Menteri Lubnan, di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi pada 11 November 2024.

Sumbangan ini adalah lambang solidariti berterusan Malaysia dengan rakyat Lubnan. Bantuan ini diharapkan dapat membantu dan mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas akibat serangan Israel terutamanya ketika negara tersebut bakal memasuki musim sejuk.

Malaysia kekal komited untuk menyumbang kepada inisiatif kemanusiaan antarabangsa dan menyokong usaha membina keamanan di zon konflik.

 

PUTRAJAYA

29 November 2024