Back

MAKLUM BALAS TERHADAP ISU RAKAMAN SUARA TULAR BERHUBUNG KEMENTERIAN LUAR NEGERI

MAKLUM BALAS TERHADAP ISU RAKAMAN SUARA TULAR BERHUBUNG KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

Kementerian Luar Negeri ingin merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seorang individu lelaki yang menyampaikan rakaman suaranya kepada seorang individu bergelar “Datin” berkaitan Kementerian Luar Negeri.

Kementerian Luar Negeri memandang serius terhadap tuduhan tidak berasas melalui rakaman suara tular tersebut yang dilihat bertujuan menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, satu siasatan dalaman sedang dilaksanakan dan laporan polis telah dibuat demi melindungi kepentingan dan imej Kementerian Luar Negeri.

 

 

PUTRAJAYA

12 April 2022