Back

MALAYSIA DILANTIK SEMULA SEBAGAI AHLI UNITED NATIONS COMMISSION ON INTERNATIONAL TRADE LAW (UNCITRAL) BAGI PENGGAL 2025-2031

MALAYSIA DILANTIK SEMULA SEBAGAI AHLI UNITED NATIONS COMMISSION ON

INTERNATIONAL TRADE LAW (UNCITRAL) BAGI PENGGAL 2025-2031

 

Malaysia telah berjaya dilantik semula sebagai ahli United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031 semasa pemilihan di Sesi Ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 20 November 2024.

Malaysia telah berjaya memperoleh satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam Kumpulan Asia Pasifik, dengan bilangan undian tertinggi, iaitu 179 daripada 183 negara.

UNCITRAL memainkan peranan penting dalam membangunkan rangka kerja undang-undang rentas sempadan bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Ia menggalakkan pengharmonian dan pemodenan undang-undang perdagangan antarabangsa secara progresif.

Malaysia telah menjadi ahli UNCITRAL selama tiga penggal berturut-turut iaitu bagi penggal 2007-2013, 2013-2019, dan 2019-2025.

Malaysia akan terus menyokong usaha UNCITRAL melalui penglibatan aktif, dan menyumbang kepada pemerkasaan peranan institusi tersebut.

 

PUTRAJAYA

21 November 2024