Back

MALAYSIA MENERIMA LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGERI KEDUA BRUNEI DARUSSALAM 20-22 APRIL 2022

 

MALAYSIA MENERIMA LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGERI KEDUA BRUNEI DARUSSALAM 20-22 APRIL 2022

 

YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri akan menerima lawatan kerja YB Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, Menteri Luar Negeri Kedua Brunei Darussalam pada 20-22 April 2022.

 

YB Dato’ Sri Saifuddin dan YB Dato Seri Setia Haji Erywan akan mengadakan pertemuan bagi menyusul kerjasama dua hala yang telah dibincangkan semasa Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke Brunei Darussalam pada 14-15 Februari lalu.

 

Lawatan Kerja ini adalah bersempena dengan penganjuran Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Malaysia-Brunei Darussalam berkenaan Sempadan Darat. Jawatankuasa Bersama ini merupakan mekanisme penting dalam hubungan istimewa di antara kedua-dua negara. Pelaksanaan Mesyuarat Pertama ini mempamerkan komitmen berterusan Malaysia dan Brunei Darussalam ke arah memuktamadkan persempadanan darat sejak kedua-dua negara menjalinkan kerjasama dalam hal ehwal sempadan darat pada tahun 2012.

 

YB Dato Seri Setia Haji Erywan juga dijadual akan mengadakan pertemuan dengan YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan.

 

Pada 2021, Brunei merupakan rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan ke-6 terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM8.03 bilion (USD1.87 bilion), iaitu peningkatan ketara sebanyak 70.4% peratus, berbanding nilai yang direkodkan pada 2020.

 

Lawatan ini akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

 

PUTRAJAYA

21 April 2022