EN MS
MFA Directory English Bahasa Melayu
MALAYSIA MENGECAM KERAS KENYATAAN BERUNSUR MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW OLEH AHLI POLITIK INDIA
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua orang ahli politik India.
Kementerian Luar Negeri Malaysia telah memanggil Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang ini dan menyampaikan penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut.
Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam. Malaysia menyeru India untuk bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat.
PUTRAJAYA
7 Jun 2022