Back

MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA SERANGAN ISRAEL KE ATAS PEKERJA BANTUAN KEMANUSIAAN DI RAFAH PADA 12 APRIL 2024

 

MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA SERANGAN ISRAEL

KE ATAS PEKERJA BANTUAN KEMANUSIAAN DI RAFAH PADA 12 APRIL 2024

 

Malaysia dengan tegas mengutuk serangan kejam oleh Tentera Rejim Israel (IOF) pada 12 April di Rafah, yang secara terang-terangan menyerang dan mencederakan beberapa konvoi bantuan kemanusiaan dan sukarelawan. Ini termasuk petugas bantuan yang mengendalikan bantuan dari Malaysia melalui Ops Ihsan.

Serangan terhadap pekerja kemanusiaan, sukarelawan, dan individu yang tidak bersenjata yang menjalankan usaha bantuan adalah sama sekali tidak boleh diterima. Tindakan kejam ini oleh Israel mencerminkan kekejaman yang melampaui sebarang pemahaman atau justifikasi.

Ia tidak lagi mencukupi untuk mengutuk tindakan kezaliman ini secara berlapik. Sudah tiba masanya bagi masyarakat antarabangsa untuk bersatu dan menuntut agar Israel menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan bertanggungjawab ke atas jenayah mereka. Di mana Israel sebelum ini menuntut bahawa tindakan ini adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk pertahanan diri, tindakan-tindakannya sejak Oktober tahun lalu jelas menunjukkan sebaliknya: Israel sangat jelas adalah pihak yang menyerang dan mengganas.

Di saat bantuan sangat diperlukan untuk sampai kepada rakyat Palestin, rejim Israel secara berterusan mengenakan sekatan dan halangan untuk menyeksa golongan tua, rakyat yang kesakitan, wanita dan kanak-kanak.

Ini adalah kali kedua operasi Ops Ihsan terganggu, dan nyawa sukarelawan mereka dibahayakan tanpa sebab. Serangan pertama berlaku pada 14 Mac 2024 yang mengambil nyawa lapan orang Palestin dan mencederakan lebih daripada dua puluh lainnya.

 

PUTRAJAYA

13 April 2024