Back

MALAYSIA MENGUSIR DIPLOMAT REPUBLIK RAKYAT DEMOKRATIK KOREA (DPRK)

MALAYSIA MENGUSIR DIPLOMAT REPUBLIK RAKYAT DEMOKRATIK KOREA (DPRK)

 

 

Malaysia hari ini mengusir kesemua diplomat Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) di Kuala Lumpur sejajar dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Luar Negeri pada 19 Mac 2021. Pengusiran tersebut telah dilaksanakan selaras dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

 

Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan ini sebagai tindak balas terhadap keputusan unilateral dan sama sekali tidak bertanggungjawab oleh DPRK pada 19 Mac 2021 untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

 

Tindakan Kerajaan Malaysia ini adalah perlu bagi melindungi kedaulatan Malaysia dan mempertahankan kepentingannya. Tindakan ini akan menjadi peringatan bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk mencampuri urusan dalaman dan sistem kehakimannya, mencemarkan sistem tadbir urus, dan sentiasa ingin mewujudkan ketegangan dengan melanggar undang-undang antarabangsa.

 

 

 

 

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

MENTERI LUAR NEGERI

 

21 MAC 2021