EN MS
MFA Directory English Bahasa Melayu
MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN GEREJA DI NEGERI ONDO, NIGERIA
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Gereja St. Francis Catholic di Ondo, Nigeria pada 6 Jun 2022 yang meragut sekurang -kurangnya 50 nyawa. Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab atas perbuatan keji ini akan dibawa ke muka pengadilan.
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Nigeria, terutamanya kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dala m serangan tersebut.
Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.
PUTRAJAYA
7 Jun 2022