MALAYSIA SERU KETEGANGAN DIREDAKAN DAN PEMBAHARUAN DIALOG DI ASIA SELATAN
MALAYSIA SERU KETEGANGAN DIREDAKAN DAN PEMBAHARUAN DIALOG
DI ASIA SELATAN
Malaysia mengikuti perkembangan peningkatan mendadak ketegangan antara India dan Pakistan dengan kebimbangan, dan menekankan keperluan untuk bertenang dan berdialog.
Malaysia juga menggesa kedua-dua pihak agar menahan dari provokasi dan mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina. Setegang mana keadaan, diplomasi kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan krisis.
Malaysia mengulangi gesaan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar siasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap serangan pada 22 April di Pahalgam, bagi memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Malaysia menegaskan semula sokongan ke atas segala usaha ke arah penurunan ketegangan dan dialog yang bermakna antara India dan Pakistan.
PUTRAJAYA
8 Mei 2025