Back

MESYUARAT MENTERI-MENTERI DIALOG KERJASAMA ASIA KE-17, 21 JANUARI 2021

MESYUARAT MENTERI-MENTERI DIALOG KERJASAMA ASIA KE-17, 21 JANUARI 2021

 

 

YB Dato’ Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Luar Negeri, akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Dialog Kerjasama Asia (Asia Cooperation Dialogue - ACD) ke-17 yang akan diadakan secara atas talian pada 21 Januari 2021 bermula jam 3.00 petang (waktu Malaysia). Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh T.Y.T. Mevlüt Çavuşoğlu, Menteri Luar Negeri Turki, yang juga Pengerusi ACD 2019-2021.

 

Tema Mesyuarat Menteri-Menteri pada kali ini ialah “The New Normal and Safe and Healthy Tourism”. Menteri-Menteri ACD akan membincangkan pelbagai isu-isu serantau, terutamanya berkaitan impak COVID-19 ke atas sektor pelancongan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membangunkan semula industri pelancongan. Mesyuarat ini juga akan memperakukan Deklarasi Ankara bagi merealisasikan aspirasi dan komitmen negara anggota ACD untuk menjadikan Asia sebagai rantau yang maju dan berdaya tahan.

 

Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan negara anggota ACD dalam meningkatkan lagi kerjasama dan mewujudkan Komuniti Asia yang mampan.

 

PUTRAJAYA

21 Januari 2021