Back

NAHAS HELIKOPTER MEMBABITKAN PRESIDEN & MENTERI LUAR NEGERI REPUBLIK ISLAM IRAN

 NAHAS HELIKOPTER MEMBABITKAN PRESIDEN &  MENTERI LUAR NEGERI REPUBLIK ISLAM IRAN
 
 
Mendapat  khabar  tentang  kejadian  helikopter  mendarat  cemas yang membawa TYT Seyyed Ebrahim Raisi, Presiden Republik Islam Iran  dan  rakan  sejawat  saya  TYT  Dr.  Hossein  Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran beberapa jam lalu.
 
Saya yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari rangka kerja di Asia Tengah mengikuti rapat perkembangan kes ini, bagaimanapun setakat   ini   difahamkan   misi   mencari   dan menyelamat masih diteruskan biarpun berdepan cuaca buruk.
 
Doa  saya  agar  semua  yang  terlibat  segera  dijumpai  dan  berada dalam  keadaan  baik.  Semoga  khabar  menyenangkan  menjengah tidak lama lagi.
 
Sebarang   perkembangan   lanjut   mengenai   insiden   ini   akan dimaklumkan segera melalui laman media sosial rasmi Wisma Putra.
 
 
 
YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
20 MEI 2024