EN MS
MFA Directory English Bahasa Melayu
PELANTIKAN BAHARU BAGI PEJABAT MENTERI LUAR NEGERI
Saya dengan sukacitanya mengumumkan dua pelantikan baharu di bawah pejabat Menteri, iaitu Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Dato’ Seri Eizlan Yusof sebagai Perunding Kreatif, berkuatkuasa 1 November 2021.
Dr. Ahmad Idham merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan
mempunyai pengalaman luas dalam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di
Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018. Dato’ Seri Eizlan pula merupakan seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah
berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pelantikan mereka adalah selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia
yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan kita, di samping memaparkan nilai-
nilai kepelbagaian & kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk
mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya
negara.
Saya yakin bahawa Dr. Ahmad Idham dan Dato’ Seri Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya.
DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
1 NOVEMBER 2021