Back

PEMINDAHAN PELAJAR MALAYSIA DARI BATANGAS KE MANILA SUSULAN INSIDEN LETUSAN GUNUNG BERAPI TAAL DI FILIPINA

PEMINDAHAN PELAJAR MALAYSIA DARI BATANGAS KE MANILA

SUSULAN INSIDEN LETUSAN GUNUNG BERAPI TAAL DI FILIPINA

 

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Filipina telah memindahkan seramai 19 orang pelajar warganegara Malaysia yang sedang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) dari Batangas ke Manila pada hari Isnin,           13 Januari 2020. Kesemua pelajar telah dipindahkan ekoran daripada keadaan yang semakin kritikal, termasuk pengisytiharan cuti kecemasan yang telah diumumkan oleh Pejabat Presiden Filipina.

 

Warganegara Malaysia disarankan untuk menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat bencana ini sekiranya tiada keperluan mendesak. Warganegara Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan adalah dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila. Sebarang perkembangan terkini mengenai bencana ini akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

 

 

PUTRAJAYA

14 Januari 2020