Back

PENGEBUMIAN MANGSA INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA DI NEW ZEALAND

PENGEBUMIAN MANGSA INSIDEN

KEMALANGAN JALAN RAYA DI NEW ZEALAND

 

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa jenazah empat (4) rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden kemalangan jalan raya di Kaikoura, New Zealand pada Jumaat yang lalu, akan disembahyangkan di Masjid Al Noor pada hari Selasa, 10 Disember 2019, jam 11.30 pagi dan kemudiannya akan dikebumikan di Memorial Park Cemetery, Christchurch pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.

 

Kementerian Luar Negeri merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan serta komuniti Malaysia di New Zealand yang menghulurkan bantuan daripada pelbagai aspek kepada waris mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

 

 

PUTRAJAYA

9 Disember 2019