Back

PERBICARAAN PENDERAAN ANAK MELIBATKAN RAKYAT MALAYSIA DI NORWAY

PERBICARAAN PENDERAAN ANAK MELIBATKAN RAKYAT MALAYSIA DI NORWAY

 

 

Wisma Putra mengesahkan bahawa pasangan rakyat Malaysia Encik Hairi Muhamad dan Puan Norliha Khamis sedang menghadapi perbicaraan berhubung pendakwaan penderaan anak-anak mereka di Norway.

 

Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden yang ditauliahkan serentak ke Norway sedang memantau perkembangan kes ini. Pihak Kedutaan Malaysia telah menghubungi pasangan berkenaan dan memberikan bantuan khidmat konsular selaras dengan peruntukan Konvensyen Vienna 1963.

 

Pihak Kedutaan Malaysia sedang bekerjasama dengan agensi tempatan yang berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan keluarga tersebut dipelihara, termasuk memastikan anak-anak mereka ditempatkan bersama-sama keluarga beragama Islam.

 

Wisma Putra juga telah mengarahkan pegawai Kedutaan Besar Malaysia untuk turut hadir dan mengikuti perbicaraan kes tersebut yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 November 2019.

 

 

PUTRAJAYA

31 Oktober 2019