Back

PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG BENCANA GEMPA BUMI DI WILAYAH DUZCE, TURKIYE

 

PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG BENCANA GEMPA BUMI

DI WILAYAH DUZCE, TURKIYE

 

Pada 23 November 2022, satu gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter telah berlaku jam 4.08 pagi waktu tempatan di wilayah Duzce, barat daya Turkiye kira-kira 200km timur Istanbul. Sehingga kini, mengikut laporan daripada pihak berkuasa tempatan, gempa bumi tersebut telah mengakibatkan 50 orang tercedera dan kerosakan infrastruktur yang teruk.

 

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mereka yang terkesan dengan malapetaka ini dan juga kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turkiye.

 

Setakat ini, tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul akan terus memantau situasi ini dan akan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.

 

Warganegara Malaysia di Turkiye khususnya di Duzce dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai bencana ini serta mematuhi nasihat daripada pihak berkuasa tempatan. Selain itu, warganegara Malaysia yang berada di Turkiye juga dimohon agar mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.

 

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi di butiran berikut:

 

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara

Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul

No. Telefon: +(90) 312 4463547/ 48

(Pertanyaan Am/Kecemasan)/+(90) 534 4571006 (selepas waktu bekerja)

 

Emel: mwankara@kln.gov.my

No. Telefon: +(90) 212 9891001/ 09

(Pertanyaan Am/Kecemasan)/ +(90) 551 7112174 (selepas waktu bekerja)

 

Emel: mwistanbul@kln.gov.my

 

 

PUTRAJAYA

23 November 2022