Back

PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN ISU COVID-19

PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN ISU COVID-19

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa setakat ini seramai 841 orang warga Malaysia dilaporkan terkandas di 20 buah negara berikutan penguatkuasaan peraturan–peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan wabak Covid-19. Senarai rakyat Malaysia yang terkandas adalah seperti berikut:

Bil.

Negara

Bilangan yang terkandas

1

India 

274

2

Uzbekistan

209

3

Maghribi

160

4

Mesir

43

5

Arab Saudi 

28

6

Bangladesh

26

7

Sweden

26

8

Sepanyol

19

9

Austria

11

10

Montenegro

8

11

Finland 

8

12

Ukraine

7

13

Switzerland

5

14

Norway

5

15

Maldives

4

16

Poland

3

17

Hungary

2

18

Lithuania

1

19

Panama

1

20

Ecuador 

1

 

 JUMLAH

841

 

Semua rakyat Malaysia yang terkandas tersebut telah diberikan bantuan konsular oleh Perwakilan Malaysia di luar negara meliputi nasihat  berkenaan urusan penginapan sementara, laluan penerbangan alternatif, dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan.

Kementerian Luar Negeri seterusnya ingin memaklumkan bahawa Pejabat Perwakilan yang terlibat telah berjaya membantu memudah cara urusan pulang bagi sejumlah 116 rakyat Malaysia ke Malaysia iaitu 113 dari Maghribi; dan tiga (3) dari Maldives.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri pada pagi ini bahawa Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia tidak menghalang kemasukan rakyat Malaysia dari luar negara sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah ini.

Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara juga diminta untuk terus bertenang dan menghubungi Perwakilan Malaysia yang berkenaan di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Rakyat Malaysia di luar negara juga disarankan untuk mendaftarkan diri di Perwakilan Malaysia yang terdekat.

 

DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI MERANGKAP
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

PUTRAJAYA

18 Mac 2020