Skip to Content
EN
MS
MFA Directory
English
Bahasa Melayu
A
A
A
A
A
A
A
WEBMAIL
INTRANET
Toggle navigation
Home
About MFA
History
Legal Framework
Vision & Mission
Roles & Function
Strategic Thrusts
Organisational Structure
Corporate Song
Foreign Minister
Deputy Foreign Minister
Secretary General
Former Foreign Ministers, Former Deputy Foreign Ministers, Former Secretary Generals
Department / Division
Department of Bilateral Affairs
Department of Multilateral Affairs
Department of Management Services
ASEAN-Malaysia National Secretariat
Department of Policy Planning and Coordination
Protocol and Consular Department
Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR)
Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism (SEARCCT)
National Authority for Chemical Weapons Convention
Department of Maritime Affairs
Legal Division
Integrity Unit
Internal Audit Division
Malaysia's Foreign Policy
Public Diplomacy
Press Releases
Speeches & Statements
MFA News
E-Newsletter
Publications
Mobile Apps
MTCP Apps
MyVisitor Apps
Public Diplomacy
/
Press Releases
/
PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19
Back
PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19
Print
PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19
PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN PENULARAN
PANDEMIK COVID-19
A. KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI INDIA KE MALAYSIA
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) ingin memaklumkan bahawa seramai 558 orang rakyat Malaysia telah selamat tiba di Malaysia dari Chennai dan Tiruchirappalli (Trichy) dengan tiga (3) buah pesawat sewa khas Air Asia.
Seramai 186 orang rakyat Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dari Chennai pada jam 5:50 pagi melalui penerbangan AK-013. Manakala, 372 orang lagi tiba dari Trichy melalui penerbangan AK-22 dan AK-28 masing-masing pada jam 5:00 pagi dan 6:40 pagi.
Penerbangan ketiga-tiga pesawat Air Asia yang membawa pulang rakyat Malaysia tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Parti Kongres India Malaysia (MIC)
.
Wisma Putra merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan, kerjasama dan keprihatinan MIC dalam membantu usaha Kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India. Setakat ini, MIC telah membantu pihak Kerajaan membawa 1,119 orang rakyat Malaysia yang terkandas di India, termasuk 3 orang bayi.
Kesemua rakyat Malaysia yang dibawa pulang ini perlu menjalani proses kuarantin secara sukarela
(self-quarantine)
selama 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sehingga 25 Mac 2020, seramai 1,679 orang rakyat Malaysia masih terkandas di India. Kementerian Luar Negeri akan terus giat berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih terkandas di India dapat kembali ke tanah air dengan segera.
B. KEPULANGAN RAKYAT MALAYSIA DARI KEMBOJA
Saya ingin memaklumkan, hasil kerjasama erat Wisma Putra dengan Kerajaan Kemboja, rakyat Malaysia dan Kemboja yang terkandas di kedua-dua negara akan dapat pulang ke negara masing-masing hari ini.
Bagi rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja
, seramai 109 orang akan pulang dan dijangka tiba di tanah air pada jam 9:00 malam ini dengan pesawat MH763 milik
Malaysia Airlines (MAS).
Manakala, bagi rakyat Kemboja yang terkandas di Malaysia
, seramai 6 orang akan pulang dan dijangka tiba di Kemboja pada jam 5:30 petang ini dengan pesawat MH762 milik MAS.
Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya berterima kasih kepada Kerajaan Kemboja kerana sentiasa memberi komitmen serta berganding bahu dengan Malaysia demi memastikan urusan kepulangan rakyat Malaysia dan Kemboja yang terkandas ini dipermudahkan. Saya juga berterima kasih kepada Syarikat
T7 Global Berhad
kerana sudi menanggung kos penerbangan pulang ini sebagai
Corporate Social Responsibility
(
CSR
) kepada negara.
YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI
PENGERUSI PASUKAN PETUGAS COVID-19 KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
25 Mac 2020