EN MS
MFA Directory English Bahasa Melayu
PERKEMBANGAN TERKINI INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA
MELIBATKAN LIMA (5) ORANG WARGANEGARA MALAYSIA DI MESIR
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden kemalangan jalanraya di Mesir pada hari Sabtu, 28 Disember 2019 dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kesemua mangsa telah dipindahkan ke Suez Hospital for Health Insurance dan Sheikh Zayed Specialised Hospital untuk menerima rawatan lanjut. Pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah membuat lawatan konsular bagi menemui para mangsa yang terlibat bagi menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.
Kementerian Luar Negeri juga ingin mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden tersebut.
PUTRAJAYA
30 Disember 2019